Jabatan Farmasi Hospital Kuala Lipis

Zolpidem 10mg
(Stilnox®)

Jenama:

Zopim®

Kegunaan:

Merawat insomnia (sukar tidur malam)

Cara pengambilan:

½-1 biji 1 kali sehari semasa perut kosong (1 jam sebelum atau 2 jam selepas makan) pada waktu malam (sebelum tidur)

Kesan sampingan:

Kesan sampingan yang biasa:

  • Cirit-birit (1% hingga 3%)
  • Rasa loya (1% hingga 7%)
  • Pening kepala (1% hingga 23.5%)
  • Sakit kepala (1% hingga 19%)
  • Rasa mengantuk (2% hingga 15%)
  • Perubahan penglihatan (3%)
  • Keletihan (0.1% hingga 3%)

Sila beritahu doktor jika kesan sampingan tersebut berterusan atau bertambah teruk.

Kesan sampingan yang serius tetapi jarang berlaku:

  • Reaksi alahan ubat (ruam, bengkak mulut atau mata, sesak nafas)
  • Sakit dada
  • Denyutan jantung cepat

Sila beritahu doktor dengan segera jika mengalami kesan sampingan yang serius.

Ini bukanlah senarai lengkap kesan-kesan sampingan yang boleh berlaku. Sila hubungi doktor atau pegawai farmasi untuk maklumat lanjut. 

Penggunaan jika mengandung:

Kategori C: boleh digunakan jika kebaikan melebihi risiko – kajian pada haiwan memberi kesan terhadap janin atau tiada kajian terhadap wanita / haiwan mengandung

Penggunaan jika menyusukan anak:

Ubat ini boleh dirembeskan ke dalam susu ibu

Boleh digunakan jika kebaikan melebihi risiko – kesan terhadap bayi tidak diketahui

Kontraindikasi:

  • Sejarah reaksi alahan terhadap ubat ini atau bahan dalam ubat ini

Sila hubungi doktor atau pegawai farmasi anda untuk maklumat lanjut.

Dikemaskini pada 16 Mac 2018
Rujukan: Lexicomp®, Micromedex®

Sila pilih ubat seterusnya: