Teknik Penggunaan MDI
Apa itu MDI?
Sejenis ubat sedut dalam bentuk semburan
Cara Penggunaan MDI
Buka penutup. Goncang ubat sedut 5 kali untuk memastikan kandungan adalah sekata.
Dongakkan kepala. Hembuskan nafas dengan perlahan melalui mulut sehingga paru-paru dikosongkan. Jauhi dari ubat sedut.
Letakkan corong mulut ke dalam mulut dan tutup rapat dengan bibir.
Tekan ubat sedut sekali dan pada masa yang sama, tarik nafas melalui mulut dengan mendalam.
Tahan nafas selama yang boleh dengan ubat sedut dalam mulut atau selama 10 saat jika mampu.
Keluarkan ubat sedut dan hembuskan nafas dengan perlahan melalui hidung.
Ulang langkah 2-4 selepas 1 minit untuk sedutan kedua jika diperlukan.
Cara Pembersihan MDI seminggu sekali
Buka penutup.
Tanggalkan kanister.
Cuci bekas plastik di bawah air mengalir selama 30 saat.
Pusing bekas dan biarkan air mengalir untuk 30 saat lagi.
Biarkan kering di bawah pengudaraan. Jangan lap. Pasangkan semula setelah semua bahagian kering. Tekan ubat 1-2 kali sebelum gunakan ubat semula.
Anda perlu tahu ......
Kumur mulut selepas menggunakan ubat pencegah untuk mengurangkan risiko jangkitan mulut.
Sekiranya ada ubat pelega dan pencegah, gunakan ubat pelega dahulu dan tunggu 5 minit sebelum menggunakan ubat pencegah.