Teknik Penggunaan Accuhaler
Apa itu Accuhaler?
Sejenis ubat sedut dalam bentuk serbuk
Cara Penggunaan Accuhaler
Pegang ubat sedut dengan satu tangan dan letakkan ibu jari tangan yang lain pada 'thumb grip'. Tolak 'thumb grip' ke kanan sehingga corong mulut terlihat.
Tolak 'lever' ke kanan sehingga berbunyi 'klik'.
Hembuskan nafas dengan perlahan melalui mulut sehingga paru-paru dikosongkan. Jauhi dari ubat sedut.
Letakkan corong mulut ke dalam mulut dan tutup rapat dengan bibir.
Tarik nafas melalui mulut dengan mendalam.
Tahan nafas selama yang boleh dengan ubat sedut dalam mulut atau selama 10 saat jika mampu.
Keluarkan ubat sedut dan hembuskan nafas dengan perlahan melalui hidung.
Tutup ubat sedut dengan letakkan ibu jari pada 'thumb grip' dan tolak 'thumb grip' ke kiri sehingga berbunyi 'klik'.
Ulang langkah 1-7 selepas 1 minit untuk sedutan kedua jika diperlukan.
Pembersihan Accuhaler
Bersihkan bahagian corong mulut dengan tisu kering. Jangan gunakan air.
Anda perlu tahu ......
Apabila penunjuk dos menunjukkan merah, dos yang tinggal adalah 5 dos. Sila dapatkan ubat sedut yang baru sebelum penunjuk dos menunjukkan '0'.
Kumur mulut selepas menggunakan ubat pencegah untuk mengurangkan risiko jangkitan mulut.
Sekiranya ada ubat pelega dan pencegah, gunakan ubat pelega dahulu dan tunggu 5 minit sebelum menggunakan ubat pencegah.