Teknik Penggunaan Ubat Salap Mata
Apa itu Ubat Salap Mata?
Sejenis sediaan pepejal yang steril untuk disapu pada tepi kelopak mata
Cara Penggunaan Ubat Salap Mata
Basuh tangan dan keringkan dengan tuala bersih.
Baca label pada ubat salap mata.
Dongakkan kepala. Tarik sedikit kelopak mata ke bawah.
Picit 1 cm ubat dan sapu pada tepi kelopak mata.
Elakkan sentuhan antara hujung penitis dengan mata.Tutup mata dan tekan bahagian dalam penjuru mata sekurang-kurangnya 1 minit supaya ubat diserap.
Penglihatan mata mungkin menjadi kabur seketika, tetapi ia akan hilang beberapa minit kemudian.
Jika menggunakan kedua-dua ubat mata jenis titis dan salap, gunakan ubat titis mata terlebih dahulu. Jarakkan lebih kurang 5 minit.
Anda perlu tahu ......
Jangan guna ubat salap mata selepas 1 BULAN DIBUKA.
Jika tempoh rawatan ubat telah tamat, baki ubat perlu dibuang.
Anda tidak boleh memakai kanta pelekap kecuali sekurang-kurangnya 20 minit selepas menggunakan ubat titis mata. Untuk keadaan tertentu, penggunaan kanta pelekap tidak dibenarkan langsung sepanjang tempoh rawatan mata.
Anda perlu segera berjumpa doktor jika berlaku kesan sampingan:
- Mata menjadi sakit, merah, iritasi atau anak mata membesar
- Perubahan pada penglihatan mata