Teknik Penggunaan Ubat Titis Mata
Apa itu Ubat Titis Mata?
Sejenis sediaan cecair yang steril untuk dititiskan ke dalam mata
Cara Penggunaan Ubat Titis Mata
Basuh tangan dan keringkan dengan tuala bersih.
Baca label pada ubat titis mata.
Goncang botol ubat.
Dongakkan kepala. Tarik sedikit kelopak mata ke bawah.
Pegang botol dengan jarak sekurang-kurangnya 1-2 cm dari kelopak mata. Titiskan ubat ke dalam kelopak mata.
Elakkan sentuhan antara hujung penitis dengan mata.Tutup mata dan tekan bahagian dalam penjuru mata sekurang-kurangnya 1 minit supaya ubat diserap.
Jika menggunakan lebih dari satu jenis ubat titis mata, tunggu selama 5 minit sebelum menggunakan ubat titis mata yang seterusnya.
Jika menggunakan kedua-dua ubat mata jenis titis dan salap, gunakan ubat titis mata terlebih dahulu. Jarakkan lebih kurang 5 minit.
Anda perlu tahu ......
Jangan guna ubat titis mata selepas 1 BULAN DIBUKA.
Jika tempoh rawatan ubat telah tamat, baki ubat perlu dibuang.
Anda tidak boleh memakai kanta pelekap kecuali sekurang-kurangnya 20 minit selepas menggunakan ubat titis mata. Untuk keadaan tertentu, penggunaan kanta pelekap tidak dibenarkan langsung sepanjang tempoh rawatan mata.
Anda perlu segera berjumpa doktor jika berlaku kesan sampingan:
- Mata menjadi sakit, merah, iritasi atau anak mata membesar
- Perubahan pada penglihatan mata