Teknik Penggunaan Easyhaler
Apa itu Easyhaler?
Sejenis ubat sedut dalam bentuk serbuk
Cara Penggunaan Easyhaler
-
Buka sarung ubat sedut dan tanggalkan penutup corong mulut.
-
Goncang ubat sedut ke atas dan ke bawah 3-5 kali untuk memastikan kandungan adalah sekata.
-
Tekan ubat sedut sehingga berbunyi 'klik' dan lepaskan tekanan sehingga berbunyi 'klik' semula.
-
Hembuskan nafas dengan perlahan melalui mulut sehingga paru-paru dikosongkan. Jauhi dari ubat sedut.
-
Letakkan corong mulut ke dalam mulut dan tutup rapat dengan bibir.
Tarik nafas melalui mulut dengan mendalam.
-
Tahan nafas selama yang boleh dengan ubat sedut dalam mulut atau selama 10 saat jika mampu.
-
Keluarkan ubat sedut dan hembuskan nafas dengan perlahan melalui hidung.
-
Ulang langkah 2-7 selepas 1 minit untuk sedutan kedua jika diperlukan.
Pembersihan Easyhaler
Bersihkan bahagian corong mulut dengan tisu kering. Jangan gunakan air.
Anda perlu tahu ......
-
Apabila penunjuk dos menunjukkan merah, dos yang tinggal adalah 20 dos. Sila dapatkan ubat sedut yang baru sebelum penunjuk dos menunjukkan '0'.
-
Kumur mulut selepas menggunakan ubat pencegah untuk mengurangkan risiko jangkitan mulut.
-
Sekiranya ada ubat pelega dan pencegah, gunakan ubat pelega dahulu dan tunggu 5 minit sebelum menggunakan ubat pencegah.