Sejenis sediaan cecair yang steril untuk dititiskan ke dalam telinga
Cara Penggunaan Ubat Titis Telinga
Basuh tangan dan keringkan dengan tuala bersih.
Baca label pada ubat titis telinga.
Goncang botol ubat.
Gerakkan kepala sebelah atau baring mengiring. Tarik cuping telinga untuk membuka saluran telinga.
Bagi dewasa, tarik cuping telinga ke atas.
Bagi kanak-kanak, tarik cuping telinga ke bawah dan belakang.
Titiskan ubat ke dalam telinga. Tekan pada bahagian saluran telinga supaya ubat diserap.
Kekal pada posisi tersebut untuk beberapa minit.
Jika menggunakan lebih dari satu jenis ubat titis telinga, tunggu selama 5 minit sebelum menggunakan ubat titis telinga yang seterusnya.
Anda perlu tahu ......
Jangan guna ubat titis telinga selepas 1 BULAN DIBUKA.
Jika tempoh rawatan ubat telah tamat, baki ubat perlu dibuang.