Teknik Penggunaan Ubat Titis Hidung
Apa itu Ubat Titis Hidung?
Sejenis sediaan cecair yang steril untuk dititiskan ke dalam lubang hidung
Cara Penggunaan Ubat Titis Hidung
Basuh tangan dan keringkan dengan tuala bersih.
Baca label pada ubat titis hidung.
Goncang botol ubat.
Hembuskan hidung bagi mengeluarkan bendasing dalam hidung.
Baring dengan kepala dongak ke belakang.
Titiskan ubat ke dalam hidung.
Elakkan sentuhan antara hujung penitis dengan hidung.Kekal pada posisi tersebut untuk beberapa minit.
Ulang langkah 6-7 bagi lubang hidung sebelahnya.
Anda perlu tahu ......
Jangan guna ubat titis hidung selepas 1 BULAN DIBUKA.
Jika tempoh rawatan ubat telah tamat, baki ubat perlu dibuang.