Jabatan Farmasi Hospital Kuala Lipis

Teknik Penggunaan Pesari

Apa itu Pesari?

Sejenis ubat berbentuk pepejal yang dimasukkan ke dalam faraj

Cara Penggunaan Pesari

  1. Basuh tangan dan keringkan dengan tuala bersih.
  2. Baca label pada ubat pesari.
  3. Tanggalkan pembalut pesari dan alat pemakai (jika dibekalkan).
  4. Letakkan pesari ke dalam alat pemakai. Jangan gunakan alat pemakai jika anda mengandung, sebaliknya gunakan jari.
  5. Baring dengan kedua-dua lutut dibengkokkan dan dijarakkan.
  6. Masukkan pesari ke dalam faraj sejauh mana yang selesa. Tekan omboh untuk menolak pesari ke dalam faraj.
  7. Keluarkan alat pemakai. Kekal dalam keadaan baring sekurang-kurangnya 15 minit untuk mengelakkan ubat terkeluar.

Anda perlu tahu ......

  • Pesari tidak boleh dimakan !
  • Jangan gunakan alat pemakai untuk memasukkan pesari ke dalam faraj jika anda hamil.
  • Terus gunakan pesari walaupun anda datang haid.
  • Pakai tuala wanita atau 'panty liner' untuk mengelakkan lelehan selepas menggunakan pesari.
  • Jangan gunakan 'tampon' kerana ia boleh menyerap ubat.
  • Pesari mungkin mengandungi bahan yang boleh merosakkan getah. Oleh itu alat pencegah kehamilan seperti kondom dan 'diaphragm' akan kurang berkesan. Dengan itu, disarankan alat kontraseptif berasakan getah tidak digunakan sepanjang tempoh rawatan dan 3 hari selepas rawatan dihentikan.

Kembali ke atas