Teknik Penggunaan Supositori
Apa itu Supositori?
Sejenis ubat berbentuk peluru yang dimasukkan ke dalam dubur
Cara Penggunaan Supositori
Basuh tangan dan keringkan dengan tuala bersih.
Baca label pada ubat supositori.
Tanggalkan pembalut supositori.
Basahkan supositori dengan air.
Baring mengiring dengan meluruskan kaki di bawah dan kaki sebelah atas dibengkokkan.
Masukkan supositori ke dalam dubur lebih kurang ½-1 inci dengan menggunakan jari.
Luruskan dan rapatkan kedua-dua belah kaki. Baring sekurang-kurangnya 5 minit untuk mengelakkan ubat terkeluar.
Anda perlu tahu ......
Supositori tidak boleh dimakan !
Jangan pergi ke tandas sekurang-kurangnya 1 jam selepas menggunakan supositori kecuali supositori laksatif (untuk sembelit).
Sentiasa simpan supositori di tempat yang dingin. Jangan biarkannya cair.