Jabatan Farmasi Hospital Kuala Lipis

Teknik Penggunaan Ubat Semburan Hidung

Apa itu Ubat Semburan Hidung?

Sejenis sediaan cecair untuk disembur ke dalam lubang hidung

Cara Penggunaan Ubat Semburan Hidung

  1. Basuh tangan dan keringkan dengan tuala bersih.
  2. Baca label pada ubat semburan hidung.
  3. Goncang botol ubat.
  4. Hembuskan hidung bagi mengeluarkan bendasing dalam hidung.
  5. Letakkan muncung botol ke dalam satu lubang hidung dan tutup lubang hidung yang lain.
  6. Tekan ubat sambil sedut dengan mendalam melalui hidung.
  7. Keluarkan muncung botol dan hembus melalui mulut.
  8. Ulang langkah 5-7 bagi lubang hidung sebelahnya.

Anda perlu tahu ......

  • Bagi penggunaan kali pertama, tekan ubat beberapa kali (2-3 kali) sehingga ubat semburan hidung keluar dengan sempurna.


Kembali ke atas