Teknik Penggunaan MDI dengan Aerochamber
Apa itu MDI dengan Aerochamber?
Sejenis ubat sedut dalam bentuk semburan yang digunakan bersama dengan corong Aerochamber
Cara Penggunaan MDI dengan Aerochamber
Buka penutup. Goncang ubat sedut 5 kali untuk memastikan kandungan adalah sekata. Pasangkan ubat sedut ke pada corong.
Letakkan bahagian topeng pada muka dan pastikan ianya rapat.
Tekan ubat sedut sekali. Tarik nafas melalui mulut dan hembus melalui hidung sebanyak 10 kali dengan perlahan.
Sekiranya terdengar bunyi wisel, perlahankan pernafasan.
Ulang langkah 2-3 selepas 1 minit untuk sedutan kedua jika diperlukan.
Cara Pembersihan MDI seminggu sekali
Buka penutup.
Tanggalkan kanister.
Cuci bekas plastik di bawah air mengalir selama 30 saat.
Pusing bekas dan biarkan air mengalir untuk 30 saat lagi.
Biarkan kering di bawah pengudaraan. Jangan lap. Pasangkan semula setelah semua bahagian kering. Tekan ubat 1-2 kali sebelum gunakan ubat semula.
Cara Pembersihan Aerochamber seminggu sekali
Tanggalkan bahagian belakang sahaja.
Rendam di dalam air sabun (pencuci pinggan) selama 15 minit. Bilas dengan rendaman air bersih.
Goncang untuk mengeluarkan air. Jangan lap. Biarkan kering di tempat berangin pada posisi tegak.
Pasangkan semula setelah semua bahagian kering.
Anda perlu tahu ......
Kumur mulut selepas menggunakan ubat pencegah untuk mengurangkan risiko jangkitan mulut.
Sekiranya ada ubat pelega dan pencegah, gunakan ubat pelega dahulu dan tunggu 5 minit sebelum menggunakan ubat pencegah.