Teknik Penggunaan Insulin (Allstar pen)
Anda perlu tahu ......
-
Jika angka pada tetingkap dos tidak menunjukkan 0, angka tersebut adalah dos insulin yang belum disuntik. Sila ingati angka tersebut dan suntik selepas tukar kartrij baru.
-
Sila tanggalkan jarum selepas setiap suntikan.
-
Satu jarum boleh digunakan untuk 3-4 kali suntikan.
-
Jangan simpan pen di dalam peti sejuk.
Tempat Suntikan Insulin
- Bahagian yang boleh disuntik adalah perut (jarak 2 jari dari pusat), peha, lengan dan punggung.
- Tempat suntikan perlu dijarakkan 2 jari dari tempat suntikan sebelumnya.
- Tempat suntikan haruslah diubah setiap kali suntikan untuk mengelakkan pembentukan ketulan lemak keras di bawah lapisan kulit.
Penyimpanan Insulin Baru
- Insulin baru haruslah disimpan di dalam peti sejuk. Jangan bekukan insulin.
- Insulin baru haruslah diletak secara melintang.
- Jangan simpan di tempat yang panas atau terdedah kepada cahaya matahari.
- Insulin yang sedang digunakan tidak perlu disimpan di dalam peti sejuk.
- Insulin yang disimpan di suhu bilik haruslah dibuang selepas 1 bulan penggunaan.
Kembali ke atas