Teknik Penggunaan Turbohaler
Apa itu Turbohaler?
Sejenis ubat sedut dalam bentuk serbuk
Cara Penggunaan Turbohaler
Putar dan tanggalkan penutup.
Tegakkan ubat sedut. Putar pemegang sejauh yang ia boleh dipusingkan, kemudian putar pemegang balik sehingga berbunyi 'klik'.
Hembuskan nafas dengan perlahan melalui mulut sehingga paru-paru dikosongkan. Jauhi dari ubat sedut.
Letakkan corong mulut ke dalam mulut dan tutup rapat dengan bibir.
Tarik nafas melalui mulut dengan mendalam.
Tahan nafas selama yang boleh dengan ubat sedut dalam mulut atau selama 10 saat jika mampu.
Keluarkan ubat sedut dan hembuskan nafas dengan perlahan melalui hidung.
Ulang langkah 2-6 selepas 1 minit untuk sedutan kedua jika diperlukan.
Pembersihan Turbohaler
Bersihkan bahagian corong mulut dengan tisu kering. Jangan gunakan air.
Anda perlu tahu ......
Apabila penunjuk dos menunjukkan merah, dos yang tinggal adalah 10 dos. Sila dapatkan ubat sedut yang baru sebelum penunjuk dos menunjukkan '0'.
Kumur mulut selepas menggunakan ubat pencegah untuk mengurangkan risiko jangkitan mulut.
Sekiranya ada ubat pelega dan pencegah, gunakan ubat pelega dahulu dan tunggu 5 minit sebelum menggunakan ubat pencegah.