Warfarin 5mg
(Coumadin®)
Jenama:
Apo-Warfarin®
Kegunaan:
Ubat cair darah untuk menghalang pembekuan darah yang luar biasa dalam saluran darah
Biasanya digunakan di keadaan
- denyutan jantung tidak teratur (atrial fibrillation)
- gantian injap jantung (heart valve replacement)
- darah beku di kaki (deep vein thrombosis)
- darah beku di paru-paru (pulmonary embolism)Ia juga digunakan untuk mengurangkan risiko serangan jantung dan angin ahmar (strok)
Cara pengambilan:
Diambil 1 kali sehari sebelum makan pada pukul 6 petang
Dos adalah bergantung kepada keputusan ujian darah yang dikenali sebagai International Normalised Ratio (INR)
Kesan sampingan:
Kesan sampingan yang biasa:
- Rasa loya dan muntah
- Sakit perut
- Cirit-birit
- Keguguran rambut
Sila beritahu doktor jika kesan sampingan tersebut berterusan atau bertambah teruk.
Kesan sampingan yang serius tetapi jarang berlaku:
- Reaksi alahan ubat (ruam, bengkak mulut atau mata, sesak nafas)
- Pendarahan
- Pendarahan berlebihan di luka
- Hidung berdarah
- Gusi berdarah
- Batuk berdarah, muntah berdarah
- Lebam yang tidak diketahui puncanya
- Kencing berdarah atau berwarna gelap
- Najis berwarna gelap atau hitam
- Kedatangan haid yang luar biasa
Sila beritahu doktor dengan segera jika mengalami kesan sampingan yang serius.
Ini bukanlah senarai lengkap kesan-kesan sampingan yang boleh berlaku. Sila hubungi doktor atau pegawai farmasi untuk maklumat lanjut.
Penggunaan jika mengandung:
Kategori X: Elakkan penggunaan – kajian telah menunjukkan kesan mudarat dan boleh menyebabkan kecacatan kepada janin
Penggunaan jika menyusukan anak:
Selamat digunakan – kesan terhadap bayi adalah minimum / rendah
Kontraindikasi:
- Sejarah reaksi alahan terhadap ubat ini atau bahan dalam ubat ini
- Pendarahan / ulser perut
- Tekanan darah tinggi yang tidak dapat dikawal
Sila hubungi doktor atau pegawai farmasi anda untuk maklumat lanjut. Dikemaskini pada 16 Mac 2018
Rujukan: Lexicomp®, Micromedex®