Jabatan Farmasi Hospital Kuala Lipis

Tolterodine 2mg
(Detrusitol®)

Jenama:

Detrusitol®

Kegunaan:

Merawat masalah kencing seperti kencing terlalu kerap, tidak boleh mengawal atau menahan kencing atau keperluan cemas untuk membuang air kencing

Cara pengambilan:

1 biji 2 kali sehari selepas makan

Kesan sampingan:

Kesan sampingan yang biasa:

  • Mulut kering (23% hingga 35%)
  • Sakit kepala (7%)
  • Cirit-birit (6% hingga 7%)
  • Sakit perut (3% hingga 5%)

Sila beritahu doktor jika kesan sampingan tersebut berterusan atau bertambah teruk.

Kesan sampingan yang serius tetapi jarang berlaku:

  • Reaksi alahan ubat (ruam, bengkak mulut atau mata, sesak nafas)

Sila beritahu doktor dengan segera jika mengalami kesan sampingan yang serius.

Ini bukanlah senarai lengkap kesan-kesan sampingan yang boleh berlaku. Sila hubungi doktor atau pegawai farmasi untuk maklumat lanjut. 

Penggunaan jika mengandung:

Kategori C: boleh digunakan jika kebaikan melebihi risiko – kajian pada haiwan memberi kesan terhadap janin atau tiada kajian terhadap wanita / haiwan mengandung

Penggunaan jika menyusukan anak:

Rembesan ubat ini ke dalam susu ibu tidak diketahui

Penyusuan tidak digalakkan

Kontraindikasi:

  • Sejarah reaksi alahan terhadap ubat ini atau bahan dalam ubat ini
  • Gangguan saluran air kencing
  • Glaukoma yang tidak terkawal

Sila hubungi doktor atau pegawai farmasi anda untuk maklumat lanjut.

Dikemaskini pada 16 Mac 2018
Rujukan: Lexicomp®, Micromedex®

Sila pilih ubat seterusnya: