Ticlopidine 250mg
(Ticlid®)
Jenama:
Dynapharma Ticlopidine®
Kegunaan:
Ubat cair darah untuk mengurangkan risiko serangan jantung dan angin ahmar (strok)
Cara pengambilan:
1 biji 2 kali sehari selepas makan
Kesan sampingan:
Kesan sampingan yang biasa:
- Sakit perut
- Cirit-birit
- Hilang selera makan
- Rasa loya
- Pening kepala
Sila beritahu doktor jika kesan sampingan tersebut berterusan atau bertambah teruk.
Kesan sampingan yang serius tetapi jarang berlaku:
- Reaksi alahan ubat (ruam, bengkak mulut atau mata, sesak nafas)
- Pendarahan
- Peningkatan enzim hati
- Paras sel darah putih menurun (2.4%)
Sila beritahu doktor dengan segera jika mengalami kesan sampingan yang serius.
Ini bukanlah senarai lengkap kesan-kesan sampingan yang boleh berlaku. Sila hubungi doktor atau pegawai farmasi untuk maklumat lanjut.
Penggunaan jika mengandung:
Kategori B: masih selamat digunakan – kajian pada haiwan tidak menunjukkan kesan terhadap janin atau tiada kajian terhadap wanita / haiwan mengandung
Penggunaan jika menyusukan anak:
Rembesan ubat ini ke dalam susu ibu tidak diketahui
Penyusuan tidak digalakkan
Kontraindikasi:
- Sejarah reaksi alahan terhadap ubat ini atau bahan dalam ubat ini
- Pendarahan / ulser perut
- Pendarahan dalam otak
- Penyakit kekurangan sel darah putih
- Kerosakan hati
Sila hubungi doktor atau pegawai farmasi anda untuk maklumat lanjut. Dikemaskini pada 16 Mac 2018
Rujukan: Lexicomp®, Micromedex®