Sucralfate 1g
(Carafate®)
Jenama:
Apo-Sucralfate®
Kegunaan:
Merawat atau mencegah masalah gastrik (ulser perut, ulser duodenal)
Cara pengambilan:
1 biji 4 kali sehari semasa perut kosong (1 jam sebelum atau 2 jam selepas makan)
Kesan sampingan:
Kesan sampingan yang biasa:
- Sembelit (2%)
Sila beritahu doktor jika kesan sampingan tersebut berterusan atau bertambah teruk.
Kesan sampingan yang serius tetapi jarang berlaku:
- Reaksi alahan ubat (ruam, bengkak mulut atau mata, sesak nafas)
- Paras gula darah meningkat di kalangan pesakit kencing manis
Sila beritahu doktor dengan segera jika mengalami kesan sampingan yang serius.
Ini bukanlah senarai lengkap kesan-kesan sampingan yang boleh berlaku. Sila hubungi doktor atau pegawai farmasi untuk maklumat lanjut.
Penggunaan jika mengandung:
Kategori B: masih selamat digunakan – kajian pada haiwan tidak menunjukkan kesan terhadap janin atau tiada kajian terhadap wanita / haiwan mengandung
Penggunaan jika menyusukan anak:
Rembesan ubat ini ke dalam susu ibu tidak diketahui
Boleh digunakan jika kebaikan melebihi risiko – kesan terhadap bayi tidak diketahui
Kontraindikasi:
- Sejarah reaksi alahan terhadap ubat ini atau bahan dalam ubat ini
Sila hubungi doktor atau pegawai farmasi anda untuk maklumat lanjut. Dikemaskini pada 16 Mac 2018
Rujukan: Lexicomp®, Micromedex®