Jabatan Farmasi Hospital Kuala Lipis

Spironolactone 25mg
(Aldactone®)

Jenama:

CCM Spironolactone®

Kegunaan:

Merawat keadaan penahanan air (bengkak kaki) yang disebabkan oleh kegagalan jantung, kegagalan buah pinggang atau penyakit hati dengan menyingkirkan air yang berlebihan dari badan

Cara pengambilan:

1-4 biji 1-2 kali sehari selepas makan

Kesan sampingan:

Kesan sampingan yang biasa:

  • Rasa loya dan muntah
  • Cirit-birit
  • Rasa mengantuk
  • Pembesaran payudara

Sila beritahu doktor jika kesan sampingan tersebut berterusan atau bertambah teruk.

Kesan sampingan yang serius tetapi jarang berlaku:

  • Reaksi alahan ubat (ruam, bengkak mulut atau mata, sesak nafas)
  • Paras sel darah putih menurun
  • Pendarahan perut
  • Kanser payudara

Sila beritahu doktor dengan segera jika mengalami kesan sampingan yang serius.

Ini bukanlah senarai lengkap kesan-kesan sampingan yang boleh berlaku. Sila hubungi doktor atau pegawai farmasi untuk maklumat lanjut. 

Penggunaan jika mengandung:

Kategori C: boleh digunakan jika kebaikan melebihi risiko – kajian pada haiwan memberi kesan terhadap janin atau tiada kajian terhadap wanita / haiwan mengandung

Penggunaan jika menyusukan anak:

Ubat ini boleh dirembeskan ke dalam susu ibu

Penyusuan tidak digalakkan

Kontraindikasi:

  • Sejarah reaksi alahan terhadap ubat ini atau bahan dalam ubat ini
  • Kegagalan buah pinggang, di mana pengeluaran air kencing telah berhenti

Sila hubungi doktor atau pegawai farmasi anda untuk maklumat lanjut.

Dikemaskini pada 16 Mac 2018
Rujukan: Lexicomp®, Micromedex®

Sila pilih ubat seterusnya: