Jabatan Farmasi Hospital Kuala Lipis

Sotalol 80mg
(Sotacor®)

Jenama:

Sopressor®

Kegunaan:

Mengawal denyutan jantung yang tidak teratur

Cara pengambilan:

1-2 biji 2 kali sehari semasa perut kosong (1 jam sebelum atau 2 jam selepas makan)

Kesan sampingan:

Kesan sampingan yang biasa:

  • Sakit dada (16%)
  • Keletihan (18.9% hingga 20%)
  • Sesak nafas (9.2% hingga 21%)
  • Pening kepala (13.1% hingga 20%)
  • Sakit kepala (3.3% hingga 11.5%)

Sila beritahu doktor jika kesan sampingan tersebut berterusan atau bertambah teruk.

Kesan sampingan yang serius tetapi jarang berlaku:

  • Reaksi alahan ubat (ruam, bengkak mulut atau mata, sesak nafas)
  • Denyutan jantung yang luar biasa perlahan (12.3% hingga 16%)
  • Kegagalan jantung (5%)
  • Angin ahmar (strok) (1%)

Sila beritahu doktor dengan segera jika mengalami kesan sampingan yang serius.

Ini bukanlah senarai lengkap kesan-kesan sampingan yang boleh berlaku. Sila hubungi doktor atau pegawai farmasi untuk maklumat lanjut. 

Penggunaan jika mengandung:

Kategori B: masih selamat digunakan – kajian pada haiwan tidak menunjukkan kesan terhadap janin atau tiada kajian terhadap wanita / haiwan mengandung

Penggunaan jika menyusukan anak:

Ubat ini boleh dirembeskan ke dalam susu ibu

Boleh digunakan jika kebaikan melebihi risiko – kesan terhadap bayi tidak diketahui

Kontraindikasi:

  • Sejarah reaksi alahan terhadap ubat ini atau bahan dalam ubat ini
  • Kegagalan jantung
  • Denyutan jantung yang lemah
  • Kegagalan buah pinggang
  • Penyakit asma

Sila hubungi doktor atau pegawai farmasi anda untuk maklumat lanjut.

Dikemaskini pada 16 Mac 2018
Rujukan: Lexicomp®, Micromedex®

Sila pilih ubat seterusnya: