Jabatan Farmasi Hospital Kuala Lipis

Sodium Valproate 200mg
(Epilim®)

Jenama:

Epilim®

Kegunaan:

Merawat penyakit sawan

Cara pengambilan:

1-3 biji 2-3 kali sehari selepas makan

Kesan sampingan:

Kesan sampingan yang biasa:

  • Menggeletar (9% hingga 57%)
  • Rasa mengantuk (17% hingga 30%)
  • Sakit kepala (5% hingga 31%)
  • Lemah otot (10% hingga 27%)
  • Pening kepala (12% hingga 25%)
  • Keguguran rambut (6% hingga 24%)
  • Sakit perut (9% hingga 23%)
  • Cirit-birit (12% hingga 23%)
  • Rasa loya dan muntah (11% hingga 27%)
  • Sukar tidur malam (9% hingga 15%)
  • Rasa gemuruh (7% hingga 11%)
  • Kenaikan berat badan (4% hingga 9%)
  • Bengkak kaki atau tangan (3% hingga 8%)
  • Sakit belakang (8%)
  • Deringan dalam telinga (1% hingga 7%)
  • Kemurungan (5%)
  • Kabur penglihatan

Sila beritahu doktor jika kesan sampingan tersebut berterusan atau bertambah teruk.

Kesan sampingan yang serius tetapi jarang berlaku:

  • Reaksi alahan ubat (ruam, bengkak mulut atau mata, sesak nafas)
  • Denyutan jantung cepat
  • Paras platelet menurun
  • Hilang pendengaran

Sila beritahu doktor dengan segera jika mengalami kesan sampingan yang serius.

Ini bukanlah senarai lengkap kesan-kesan sampingan yang boleh berlaku. Sila hubungi doktor atau pegawai farmasi untuk maklumat lanjut. 

Penggunaan jika mengandung:

Kategori D: tidak digalakkan – kajian telah menunjukkan kesan terhadap janin, boleh digunakan jika kebaikan melebihi risiko

Penggunaan jika menyusukan anak:

Ubat ini boleh dirembeskan ke dalam susu ibu

Boleh digunakan jika kebaikan melebihi risiko – kesan terhadap bayi tidak diketahui

Kontraindikasi:

  • Sejarah reaksi alahan terhadap ubat ini atau bahan dalam ubat ini
  • Penyakit hati

Sila hubungi doktor atau pegawai farmasi anda untuk maklumat lanjut.

Dikemaskini pada 16 Mac 2018
Rujukan: Lexicomp®, Micromedex®

Sila pilih ubat seterusnya: