Jabatan Farmasi Hospital Kuala Lipis

Simvastatin 10mg
(Zocor®)

Jenama:

Simvor®

Kegunaan:

  1. Menurunkan tahap kolesterol LDL
  2. Mengurangkan risiko serangan jantung dan angin ahmar (strok)

Cara pengambilan:

1-4 biji 1 kali sehari selepas makan pada waktu malam

Kesan sampingan:

Kesan sampingan yang biasa:

  • Sakit kepala (2.5% hingga 7.4%)
  • Sakit perut (7.3%)
  • Sembelit (6.6%)
  • Rasa loya (5.4%)
  • Hidung tersumbat atau bersin (9%)

Sila beritahu doktor jika kesan sampingan tersebut berterusan atau bertambah teruk.

Kesan sampingan yang serius tetapi jarang berlaku:

  • Reaksi alahan ubat (ruam, bengkak mulut atau mata, sesak nafas)
  • Sakit otot yang tidak dapat dijelaskan atau lemah
  • Peningkatan enzim hati
  • Warna kuning pada kulit atau putih mata (jaundice)

Sila beritahu doktor dengan segera jika mengalami kesan sampingan yang serius.

Ini bukanlah senarai lengkap kesan-kesan sampingan yang boleh berlaku. Sila hubungi doktor atau pegawai farmasi untuk maklumat lanjut. 

Penggunaan jika mengandung:

Kategori X: Elakkan penggunaan – kajian telah menunjukkan kesan mudarat dan boleh menyebabkan kecacatan kepada janin

Penggunaan jika menyusukan anak:

Penyusuan tidak digalakkan

Elakkan penyusuan – terdapat risiko kesan mudarat kepada bayi

Kontraindikasi:

  • Sejarah reaksi alahan terhadap ubat ini atau bahan dalam ubat ini
  • Penyakit hati
  • Peningkatan enzim hati secara berterusan tanpa sebab yang diketahui

Sila hubungi doktor atau pegawai farmasi anda untuk maklumat lanjut.

Dikemaskini pada 16 Mac 2018
Rujukan: Lexicomp®, Micromedex®

Sila pilih ubat seterusnya: