Jabatan Farmasi Hospital Kuala Lipis

Risperidone 1mg
(Risperdal®)

Jenama:

Rozidal®

Kegunaan:

Merawat penyakit mental yang dikenali sebagai skizofrenia dan gangguan bipolar

Cara pengambilan:

1-4 biji 1-2 kali sehari selepas makan

Kesan sampingan:

Kesan sampingan yang biasa:

  • Pergerakan otot yang tidak dapat dikawal (6% hingga 28%)
  • Rasa loya dan muntah (10% hingga 25%)
  • Kenaikan berat badan (8.7% hingga 20.9%)
  • Sembelit (8% hingga 21%)
  • Mulut kering (4% hingga 15%)
  • Pening kepala (4% hingga 16%)
  • Rasa bimbang atau gelisah (sehingga 16%)
  • Menggeletar (2% hingga 12%)
  • Lemah otot (sehingga 10%)
  • Pengeluaran air liur berlebihan (1% hingga 10%)
  • Hidung tersumbat dan sakit tekak (2% hingga 8%)
  • Cirit-birit (1% hingga 8%)
  • Kabur penglihatan (1% hingga 7%)
  • Rasa mengantuk (3% hingga 6%)
  • Batuk (2%)

Sila beritahu doktor jika kesan sampingan tersebut berterusan atau bertambah teruk.

Kesan sampingan yang serius tetapi jarang berlaku:

  • Reaksi alahan ubat (ruam, bengkak mulut atau mata, sesak nafas)
  • Denyutan jantung tidak teratur
  • Paras sel darah putih dan platelet menurun
  • Sawan
  • Neuroleptic malignant syndrome

Sila beritahu doktor dengan segera jika mengalami kesan sampingan yang serius.

Ini bukanlah senarai lengkap kesan-kesan sampingan yang boleh berlaku. Sila hubungi doktor atau pegawai farmasi untuk maklumat lanjut. 

Penggunaan jika mengandung:

Kategori C: boleh digunakan jika kebaikan melebihi risiko – kajian pada haiwan memberi kesan terhadap janin atau tiada kajian terhadap wanita / haiwan mengandung

Penggunaan jika menyusukan anak:

Ubat ini boleh dirembeskan ke dalam susu ibu

Penyusuan tidak digalakkan

Kontraindikasi:

  • Sejarah reaksi alahan terhadap ubat ini atau bahan dalam ubat ini

Sila hubungi doktor atau pegawai farmasi anda untuk maklumat lanjut.

Dikemaskini pada 16 Mac 2018
Rujukan: Lexicomp®, Micromedex®

Sila pilih ubat seterusnya: