Ramipril 5mg
(Tritace®)
Jenama:
Tripril®
Kegunaan:
- Menurunkan tekanan darah
- Merawat masalah jantung seperti sakit dada (angina pectoris) dan kegagalan jantung (heart failure)
Cara pengambilan:
1 biji 1-2 kali sehari selepas makan
Kesan sampingan:
Kesan sampingan yang biasa:
- Tekanan darah rendah (11%)
- Batuk kering (8% hingga 12%)
- Sakit kepala (5.4%)
- Pening kepala (2.2% hingga 4%)
- Lemah otot
- Keletihan
Sila beritahu doktor jika kesan sampingan tersebut berterusan atau bertambah teruk.
Kesan sampingan yang serius tetapi jarang berlaku:
- Reaksi alahan ubat (ruam, bengkak mulut atau mata, sesak nafas)
- Kerosakan hati
Sila beritahu doktor dengan segera jika mengalami kesan sampingan yang serius.
Ini bukanlah senarai lengkap kesan-kesan sampingan yang boleh berlaku. Sila hubungi doktor atau pegawai farmasi untuk maklumat lanjut.
Penggunaan jika mengandung:
Kategori D: tidak digalakkan – kajian telah menunjukkan kesan terhadap janin, boleh digunakan jika kebaikan melebihi risiko
Penggunaan jika menyusukan anak:
Rembesan ubat ini ke dalam susu ibu tidak diketahui
Penyusuan tidak digalakkan
Kontraindikasi:
- Sejarah reaksi alahan terhadap ubat ini atau bahan dalam ubat ini
Sila hubungi doktor atau pegawai farmasi anda untuk maklumat lanjut. Dikemaskini pada 16 Mac 2018
Rujukan: Lexicomp®, Micromedex®