Jabatan Farmasi Hospital Kuala Lipis

Quetiapine XR 400mg
(Seroquel XR®)

Jenama:

Seroquel XR®

Kegunaan:

  1. Merawat penyakit mental yang dikenali sebagai skizofrenia dan gangguan bipolar
  2. Merawat kemurungan

Cara pengambilan:

1-2 biji 1 kali sehari semasa perut kosong (1 jam sebelum atau 2 jam selepas makan) pada waktu malam

Kesan sampingan:

Kesan sampingan yang biasa:

  • Rasa mengantuk (18% hingga 57%)
  • Mulut kering (9% hingga 44%)
  • Kenaikan berat badan (3% hingga 28%)
  • Sakit kepala (17% hingga 21%)
  • Pening kepala (8% hingga 19%)
  • Tahap kolesterol meningkat (7% hingga 18%)
  • Sukar tidur malam (8% hingga 12%)
  • Pergerakan otot yang tidak dapat dikawal (1.1% hingga 12.9%)
  • Lemah otot (sehingga 10%)
  • Menggeletar (2% hingga 8%)
  • Sembelit (2% hingga 11%)
  • Sakit perut (3% hingga 7%)
  • Tekanan darah rendah (sehingga 7%)
  • Jantung berdebar (sehingga 6%)
  • Rasa loya dan muntah (7%)
  • Hidung tersumbat (3% hingga 5%)
  • Sakit belakang (3% hingga 5%)

Sila beritahu doktor jika kesan sampingan tersebut berterusan atau bertambah teruk.

Kesan sampingan yang serius tetapi jarang berlaku:

  • Reaksi alahan ubat (ruam, bengkak mulut atau mata, sesak nafas)
  • Denyutan jantung tidak teratur
  • Paras sel darah putih menurun
  • Sawan
  • Neuroleptic malignant syndrome
  • Pemikiran membunuh diri

Sila beritahu doktor dengan segera jika mengalami kesan sampingan yang serius.

Ini bukanlah senarai lengkap kesan-kesan sampingan yang boleh berlaku. Sila hubungi doktor atau pegawai farmasi untuk maklumat lanjut. 

Penggunaan jika mengandung:

Kategori C: boleh digunakan jika kebaikan melebihi risiko – kajian pada haiwan memberi kesan terhadap janin atau tiada kajian terhadap wanita / haiwan mengandung

Penggunaan jika menyusukan anak:

Ubat ini boleh dirembeskan ke dalam susu ibu

Boleh digunakan jika kebaikan melebihi risiko – kesan terhadap bayi tidak diketahui

Kontraindikasi:

  • Sejarah reaksi alahan terhadap ubat ini atau bahan dalam ubat ini

Sila hubungi doktor atau pegawai farmasi anda untuk maklumat lanjut.

Dikemaskini pada 16 Mac 2018
Rujukan: Lexicomp®, Micromedex®

Sila pilih ubat seterusnya: