Primaquine 7.5mg
Jenama:
Pharmaniaga Primaquine®
Kegunaan:
Merawat dan mencegah penyakit malaria
Cara pengambilan:
1. Rawatan penyakit malaria
2-4 biji 1 kali sehari selepas makan
Sila habiskan ubat tersebut seperti yang diarahkan oleh doktor atau ahli farmasi
2. Pencegahan penyakit malaria
4 biji 1 kali sehari selepas makan, dimulakan 1-2 hari sebelum lawatan, diteruskan semasa lawatan dan untuk 7 hari selepas meninggalkan kawasan yang dilawati
Pengambilan ubat tersebut mesti pada masa yang sama setiap hari
Sila habiskan ubat tersebut seperti yang diarahkan oleh doktor atau ahli farmasi
Kesan sampingan:
Kesan sampingan yang biasa:
- Sakit perut
- Rasa loya
Sila beritahu doktor jika kesan sampingan tersebut berterusan atau bertambah teruk.
Kesan sampingan yang serius tetapi jarang berlaku:
- Reaksi alahan ubat (ruam, bengkak mulut atau mata, sesak nafas)
- Kekurangan sel darah merah
- Paras sel darah putih menurun
Sila beritahu doktor dengan segera jika mengalami kesan sampingan yang serius.
Ini bukanlah senarai lengkap kesan-kesan sampingan yang boleh berlaku. Sila hubungi doktor atau pegawai farmasi untuk maklumat lanjut.
Penggunaan jika mengandung:
Kategori C: boleh digunakan jika kebaikan melebihi risiko – kajian pada haiwan memberi kesan terhadap janin atau tiada kajian terhadap wanita / haiwan mengandung
Penggunaan jika menyusukan anak:
Rembesan ubat ini ke dalam susu ibu tidak diketahui
Boleh digunakan jika kebaikan melebihi risiko – kesan terhadap bayi tidak diketahui
Kontraindikasi:
- Sejarah reaksi alahan terhadap ubat ini atau bahan dalam ubat ini
Sila hubungi doktor atau pegawai farmasi anda untuk maklumat lanjut. Dikemaskini pada 16 Mac 2018
Rujukan: Lexicomp®, Micromedex®