Pravastatin 20mg
(Pravachol®)
Jenama:
Apo-Pravastatin®
Kegunaan:
- Menurunkan tahap kolesterol LDL
- Mengurangkan risiko serangan jantung dan angin ahmar (strok)
Cara pengambilan:
1-2 biji 1 kali sehari selepas makan pada waktu malam
Kesan sampingan:
Kesan sampingan yang biasa:
- Sakit otot (3.9% hingga 24.9%)
- Rasa loya dan muntah (4% hingga 10.5%)
- Cirit-birit (4.7% hingga 8.5%)
- Batuk (1.2% hingga 8.2%)
- Sakit kepala (3.5% hingga 7.5%)
- Hidung tersumbat atau bersin (1.2% hingga 7%)
Sila beritahu doktor jika kesan sampingan tersebut berterusan atau bertambah teruk.
Kesan sampingan yang serius tetapi jarang berlaku:
- Reaksi alahan ubat (ruam, bengkak mulut atau mata, sesak nafas)
- Peningkatan enzim hati
- Sakit otot yang tidak dapat dijelaskan atau lemah
Sila beritahu doktor dengan segera jika mengalami kesan sampingan yang serius.
Ini bukanlah senarai lengkap kesan-kesan sampingan yang boleh berlaku. Sila hubungi doktor atau pegawai farmasi untuk maklumat lanjut.
Penggunaan jika mengandung:
Kategori X: Elakkan penggunaan – kajian telah menunjukkan kesan mudarat dan boleh menyebabkan kecacatan kepada janin
Penggunaan jika menyusukan anak:
Ubat ini boleh dirembeskan ke dalam susu ibu
Elakkan penyusuan – terdapat risiko kesan mudarat kepada bayi
Kontraindikasi:
- Sejarah reaksi alahan terhadap ubat ini atau bahan dalam ubat ini
- Penyakit hati
- Peningkatan enzim hati secara berterusan tanpa sebab yang diketahui
Sila hubungi doktor atau pegawai farmasi anda untuk maklumat lanjut. Dikemaskini pada 16 Mac 2018
Rujukan: Lexicomp®, Micromedex®