Jabatan Farmasi Hospital Kuala Lipis

Olanzapine 5mg
(Zyprexa®)

Jenama:

Zyprexa®

Kegunaan:

  1. Merawat penyakit mental yang dikenali sebagai skizofrenia dan gangguan bipolar
  2. Merawat kemurungan

Cara pengambilan:

1-4 biji 1 kali sehari selepas makan

Kesan sampingan:

Kesan sampingan yang biasa:

  • Kenaikan berat badan (sehingga 57%)
  • Rasa mengantuk (6% hingga 52%)
  • Mulut kering (3% hingga 32%)
  • Tahap kolesterol meningkat (sehingga 24%)
  • Menggeletar (1% hingga 23%)
  • Lemah otot (2% hingga 20%)
  • Pening kepala (1.6% hingga 18%)
  • Paras gula darah meningkat (0.1% hingga 17.4%)
  • Sembelit (4% hingga 11%)
  • Bengkak kaki atau tangan (3% hingga 6%)
  • Tekanan darah rendah (1% hingga 5%)

Sila beritahu doktor jika kesan sampingan tersebut berterusan atau bertambah teruk.

Kesan sampingan yang serius tetapi jarang berlaku:

  • Reaksi alahan ubat (ruam, bengkak mulut atau mata, sesak nafas)
  • Pembekuan darah
  • Sawan
  • Pemikiran dan tingkah laku membunuh diri

Sila beritahu doktor dengan segera jika mengalami kesan sampingan yang serius.

Ini bukanlah senarai lengkap kesan-kesan sampingan yang boleh berlaku. Sila hubungi doktor atau pegawai farmasi untuk maklumat lanjut. 

Penggunaan jika mengandung:

Kategori C: boleh digunakan jika kebaikan melebihi risiko – kajian pada haiwan memberi kesan terhadap janin atau tiada kajian terhadap wanita / haiwan mengandung

Penggunaan jika menyusukan anak:

Ubat ini boleh dirembeskan ke dalam susu ibu

Penyusuan tidak digalakkan

Kontraindikasi:

  • Sejarah reaksi alahan terhadap ubat ini atau bahan dalam ubat ini

Sila hubungi doktor atau pegawai farmasi anda untuk maklumat lanjut.

Dikemaskini pada 16 Mac 2018
Rujukan: Lexicomp®, Micromedex®

Sila pilih ubat seterusnya: