Jabatan Farmasi Hospital Kuala Lipis

Nifedipine 10mg
(Adalat®)

Jenama:

Sia Mirra Innopharma Nifedipine®

Kegunaan:

  1. Menurunkan tekanan darah
  2. Merawat masalah jantung seperti sakit dada (angina pectoris)

Cara pengambilan:

1-3 biji 3 kali sehari selepas makan

Kesan sampingan:

Kesan sampingan yang biasa:

  • Bengkak kaki atau tangan (7% hingga 29%)
  • Kemerahan muka (4% hingga 25%)
  • Sakit kepala (19% hingga 23%)
  • Pening kepala (4% hingga 10%)
  • Rasa loya (sehingga 10%)
  • Jantung berdebar (sehingga 7%)
  • Rasa bimbang atau gelisah

Sila beritahu doktor jika kesan sampingan tersebut berterusan atau bertambah teruk.

Kesan sampingan yang serius tetapi jarang berlaku:

  • Reaksi alahan ubat (ruam, bengkak mulut atau mata, sesak nafas)
  • Denyutan jantung tidak teratur
  • Ulser perut
  • Kekurangan sel darah merah

Sila beritahu doktor dengan segera jika mengalami kesan sampingan yang serius.

Ini bukanlah senarai lengkap kesan-kesan sampingan yang boleh berlaku. Sila hubungi doktor atau pegawai farmasi untuk maklumat lanjut. 

Penggunaan jika mengandung:

Kategori C: boleh digunakan jika kebaikan melebihi risiko – kajian pada haiwan memberi kesan terhadap janin atau tiada kajian terhadap wanita / haiwan mengandung

Penggunaan jika menyusukan anak:

Ubat ini boleh dirembeskan ke dalam susu ibu

Boleh digunakan jika kebaikan melebihi risiko – kesan terhadap bayi tidak diketahui

Kontraindikasi:

  • Sejarah reaksi alahan terhadap ubat ini atau bahan dalam ubat ini

Sila hubungi doktor atau pegawai farmasi anda untuk maklumat lanjut.

Dikemaskini pada 16 Mac 2018
Rujukan: Lexicomp®, Micromedex®

Sila pilih ubat seterusnya: