Jabatan Farmasi Hospital Kuala Lipis

Methotrexate 2.5mg

Jenama:

Haupt Pharma Methotrexate®

Kegunaan:

Merawat penyakit autoimun seperti radang sendi (rheumatoid arthritis) dan psoriasis

Cara pengambilan:

3-8 biji seminggu sekali semasa perut kosong (1 jam sebelum atau 2 jam selepas makan)

Kesan sampingan:

Kesan sampingan yang biasa:

  • Rasa loya dan muntah (10%)
  • Cirit-birit (1% hingga 3%)
  • Pening kepala (1% hingga 3%)
  • Keguguran rambut (0.5% hingga 3%)
  • Sensitif kepada cahaya matahari

Sila beritahu doktor jika kesan sampingan tersebut berterusan atau bertambah teruk.

Kesan sampingan yang serius tetapi jarang berlaku:

  • Reaksi alahan ubat (ruam, bengkak mulut atau mata, sesak nafas)
  • Pendarahan perut
  • Kekurangan sel darah merah
  • Paras sel-sel darah putih dan platelet menurun
  • Kerosakan hati
  • Kegagalan buah pinggang
  • Sawan

Sila beritahu doktor dengan segera jika mengalami kesan sampingan yang serius.

Ini bukanlah senarai lengkap kesan-kesan sampingan yang boleh berlaku. Sila hubungi doktor atau pegawai farmasi untuk maklumat lanjut. 

Penggunaan jika mengandung:

Kategori X: Elakkan penggunaan – kajian telah menunjukkan kesan mudarat dan boleh menyebabkan kecacatan kepada janin

Penggunaan jika menyusukan anak:

Ubat ini boleh dirembeskan ke dalam susu ibu

Elakkan penyusuan – terdapat kesan mudarat kepada bayi

Kontraindikasi:

  • Sejarah reaksi alahan terhadap ubat ini atau bahan dalam ubat ini
  • Penyakit hati
  • Masalah darah

Sila hubungi doktor atau pegawai farmasi anda untuk maklumat lanjut.

Dikemaskini pada 16 Mac 2018
Rujukan: Lexicomp®, Micromedex®

Sila pilih ubat seterusnya: