Levothyroxine 100mcg
(Oroxine®)
Jenama:
Euthyrox 100®
Kegunaan:
Sebagai pengganti hormon tiroid untuk keadaan kelenjar tiroid yang kurang aktif (hipotiroidism)
Cara pengambilan:
1-3 biji 1 kali sehari semasa perut kosong (1 jam sebelum atau 2 jam selepas makan)
Kesan sampingan:
Kesan sampingan yang biasa:
- Cirit-birit
- Berat badan menurun
- Berdebar
- Sukar tidur malam
- Rasa bimbang atau gelisah
- Keguguran rambut
- Berpeluh berlebihan
Sila beritahu doktor jika kesan sampingan tersebut berterusan atau bertambah teruk.
Kesan sampingan yang serius tetapi jarang berlaku:
- Reaksi alahan ubat (ruam, bengkak mulut atau mata, sesak nafas)
- Sakit dada
- Tulang rapuh
- Sawan
Sila beritahu doktor dengan segera jika mengalami kesan sampingan yang serius.
Ini bukanlah senarai lengkap kesan-kesan sampingan yang boleh berlaku. Sila hubungi doktor atau pegawai farmasi untuk maklumat lanjut.
Penggunaan jika mengandung:
Kategori A: selamat digunakan – kajian pada manusia tidak menunjukkan kesan terhadap janin
Penggunaan jika menyusukan anak:
Selamat digunakan – kesan terhadap bayi adalah minimum / rendah
Kontraindikasi:
- Sejarah reaksi alahan terhadap ubat ini atau bahan dalam ubat ini
- Serangan jantung akut
Sila hubungi doktor atau pegawai farmasi anda untuk maklumat lanjut. Dikemaskini pada 16 Mac 2018
Rujukan: Lexicomp®, Micromedex®