Jabatan Farmasi Hospital Kuala Lipis

Levetiracetam 1000mg
(Keppra®)

Jenama:

Keppra®

Kegunaan:

Merawat penyakit sawan

Cara pengambilan:

1½ biji 2 kali sehari selepas makan

Kesan sampingan:

Kesan sampingan yang biasa:

  • Rasa mengantuk (7.8% hingga 45%)
  • Sakit kepala (14% hingga 19%)
  • Rasa loya dan muntah (15%)
  • Lemah otot (14.7%)
  • Hidung tersumbat atau bersin (7% hingga 15%)
  • Keletihan (10% hingga 11%)
  • Perubahan tingkah laku (6% hingga 12%)
  • Pening kepala (5% hingga 9%)
  • Batuk (2% hingga 9%)
  • Hilang selera makan (3% hingga 8%)
  • Sakit leher (2% hingga 8%)

Sila beritahu doktor jika kesan sampingan tersebut berterusan atau bertambah teruk.

Kesan sampingan yang serius tetapi jarang berlaku:

  • Reaksi alahan ubat (ruam, bengkak mulut atau mata, sesak nafas)
  • Tulang rapuh
  • Kekurangan sel darah merah
  • Paras sel darah putih dan platelet menurun
  • Kerosakan hati
  • Pemikiran dan tingkah laku membunuh diri

Sila beritahu doktor dengan segera jika mengalami kesan sampingan yang serius.

Ini bukanlah senarai lengkap kesan-kesan sampingan yang boleh berlaku. Sila hubungi doktor atau pegawai farmasi untuk maklumat lanjut. 

Penggunaan jika mengandung:

Kategori C: boleh digunakan jika kebaikan melebihi risiko – kajian pada haiwan memberi kesan terhadap janin atau tiada kajian terhadap wanita / haiwan mengandung

Penggunaan jika menyusukan anak:

Ubat ini boleh dirembeskan ke dalam susu ibu

Penyusuan tidak digalakkan

Kontraindikasi:

  • Sejarah reaksi alahan terhadap ubat ini atau bahan dalam ubat ini

Sila hubungi doktor atau pegawai farmasi anda untuk maklumat lanjut.

Dikemaskini pada 16 Mac 2018
Rujukan: Lexicomp®, Micromedex®

Sila pilih ubat seterusnya: