Jabatan Farmasi Hospital Kuala Lipis

Ivabradine 5mg
(Coralan®)

Jenama:

Coralan®

Kegunaan:

Merawat masalah jantung seperti sakit dada (angina pectoris) dan kegagalan jantung (heart failure)

Cara pengambilan:

½-1½ biji 2 kali sehari selepas makan

Kesan sampingan:

Kesan sampingan yang biasa:

  • Denyutan jantung perlahan (10%)

Sila beritahu doktor jika kesan sampingan tersebut berterusan atau bertambah teruk.

Kesan sampingan yang serius tetapi jarang berlaku:

  • Reaksi alahan ubat (ruam, bengkak mulut atau mata, sesak nafas)

Sila beritahu doktor dengan segera jika mengalami kesan sampingan yang serius.

Ini bukanlah senarai lengkap kesan-kesan sampingan yang boleh berlaku. Sila hubungi doktor atau pegawai farmasi untuk maklumat lanjut. 

Penggunaan jika mengandung:

Kategori D: tidak digalakkan – kajian telah menunjukkan kesan terhadap janin, boleh digunakan jika kebaikan melebihi risiko

Penggunaan jika menyusukan anak:

Ubat ini boleh dirembeskan ke dalam susu ibu

Penyusuan tidak digalakkan

Kontraindikasi:

  • Sejarah reaksi alahan terhadap ubat ini atau bahan dalam ubat ini
  • Denyutan jantung yang lemah
  • Tekanan darah rendah
  • Kegagalan jantung akut
  • Kerosakan hati
  • Pengambilan bersama sesetengah ubat  (Sila hubungi doktor atau pegawai farmasi untuk maklumat lanjut)

Sila hubungi doktor atau pegawai farmasi anda untuk maklumat lanjut.

Dikemaskini pada 16 Mac 2018
Rujukan: Lexicomp®, Micromedex®

Sila pilih ubat seterusnya: