Isosorbide Dinitrate 10mg
(Isordil®)
Jenama:
Solbid®
Kegunaan:
- Mencegah sakit dada (angina pectoris)
- Merawat masalah kegagalan jantung (heart failure)
Cara pengambilan:
½-2 biji 2-3 kali sehari semasa perut kosong (sekurang-kurangnya 1 jam sebelum atau 2 jam selepas makan) pada waktu 8 pagi, 12 tengahhari dan 6 petang
Kesan sampingan:
Kesan sampingan yang biasa:
- Pening kepala
- Sakit kepala
- Tekanan darah rendah
Sila beritahu doktor jika kesan sampingan tersebut berterusan atau bertambah teruk.
Kesan sampingan yang serius tetapi jarang berlaku:
- Reaksi alahan ubat (ruam, bengkak mulut atau mata, sesak nafas)
- Pengsan
Sila beritahu doktor dengan segera jika mengalami kesan sampingan yang serius.
Ini bukanlah senarai lengkap kesan-kesan sampingan yang boleh berlaku. Sila hubungi doktor atau pegawai farmasi untuk maklumat lanjut.
Penggunaan jika mengandung:
Kategori C: boleh digunakan jika kebaikan melebihi risiko – kajian pada haiwan memberi kesan terhadap janin atau tiada kajian terhadap wanita / haiwan mengandung
Penggunaan jika menyusukan anak:
Rembesan ubat ini ke dalam susu ibu tidak diketahui
Boleh digunakan jika kebaikan melebihi risiko – kesan terhadap bayi tidak diketahui
Kontraindikasi:
- Sejarah reaksi alahan terhadap ubat ini atau bahan dalam ubat ini
- Pengambilan bersama ubat lain seperti sildenafil
Sila hubungi doktor atau pegawai farmasi anda untuk maklumat lanjut. Dikemaskini pada 16 Mac 2018
Rujukan: Lexicomp®, Micromedex®