Jabatan Farmasi Hospital Kuala Lipis

Hydrochlorothiazide 50mg

Jenama:

Hydrochlorzide-50®

Kegunaan:

  1. Merawat keadaan penahanan air (bengkak kaki) yang disebabkan oleh kegagalan jantung, kegagalan buah pinggang atau penyakit hati dengan menyingkirkan air yang berlebihan dari badan
  2. Menurunkan tekanan darah

Cara pengambilan:

1 biji 1 kali sehari selepas makan pada waktu pagi

Kesan sampingan:

Kesan sampingan yang biasa:

  • Pening kepala
  • Tekanan darah rendah
  • Sensitif kepada cahaya matahari

Sila beritahu doktor jika kesan sampingan tersebut berterusan atau bertambah teruk.

Kesan sampingan yang serius tetapi jarang berlaku:

  • Reaksi alahan ubat (ruam, bengkak mulut atau mata, sesak nafas)
  • Denyutan jantung tidak teratur
  • Warna kuning pada kulit atau putih mata (jaundice)
  • Kegagalan buah pinggang

Sila beritahu doktor dengan segera jika mengalami kesan sampingan yang serius.

Ini bukanlah senarai lengkap kesan-kesan sampingan yang boleh berlaku. Sila hubungi doktor atau pegawai farmasi untuk maklumat lanjut. 

Penggunaan jika mengandung:

Kategori B: masih selamat digunakan – kajian pada haiwan tidak menunjukkan kesan terhadap janin atau tiada kajian terhadap wanita / haiwan mengandung

Penggunaan jika menyusukan anak:

Ubat ini boleh dirembeskan ke dalam susu ibu

Penyusuan tidak digalakkan

Kontraindikasi:

  • Sejarah reaksi alahan terhadap ubat ini atau bahan dalam ubat ini
  • Kegagalan buah pinggang, di mana pengeluaran air kencing telah berhenti

Sila hubungi doktor atau pegawai farmasi anda untuk maklumat lanjut.

Dikemaskini pada 16 Mac 2018
Rujukan: Lexicomp®, Micromedex®

Sila pilih ubat seterusnya: