Hydrochlorothiazide 25mg
Jenama:
Hydrochlorzide-25®
Kegunaan:
- Merawat keadaan penahanan air (bengkak kaki) yang disebabkan oleh kegagalan jantung, kegagalan buah pinggang atau penyakit hati dengan menyingkirkan air yang berlebihan dari badan
- Menurunkan tekanan darah
Cara pengambilan:
½-2 biji 1 kali sehari selepas makan pada waktu pagi
Kesan sampingan:
Kesan sampingan yang biasa:
- Pening kepala
- Tekanan darah rendah
- Sensitif kepada cahaya matahari
Sila beritahu doktor jika kesan sampingan tersebut berterusan atau bertambah teruk.
Kesan sampingan yang serius tetapi jarang berlaku:
- Reaksi alahan ubat (ruam, bengkak mulut atau mata, sesak nafas)
- Denyutan jantung tidak teratur
- Warna kuning pada kulit atau putih mata (jaundice)
- Kegagalan buah pinggang
Sila beritahu doktor dengan segera jika mengalami kesan sampingan yang serius.
Ini bukanlah senarai lengkap kesan-kesan sampingan yang boleh berlaku. Sila hubungi doktor atau pegawai farmasi untuk maklumat lanjut.
Penggunaan jika mengandung:
Kategori B: masih selamat digunakan – kajian pada haiwan tidak menunjukkan kesan terhadap janin atau tiada kajian terhadap wanita / haiwan mengandung
Penggunaan jika menyusukan anak:
Ubat ini boleh dirembeskan ke dalam susu ibu
Penyusuan tidak digalakkan
Kontraindikasi:
- Sejarah reaksi alahan terhadap ubat ini atau bahan dalam ubat ini
- Kegagalan buah pinggang, di mana pengeluaran air kencing telah berhenti
Sila hubungi doktor atau pegawai farmasi anda untuk maklumat lanjut. Dikemaskini pada 16 Mac 2018
Rujukan: Lexicomp®, Micromedex®