Glyceryl Trinitrate 0.5mg
(Angised®)
Jenama:
Myonit Insta®
Kegunaan:
Merawat serangan sakit dada (angina pectoris)
Cara pengambilan:
Diambil bila serangan sakit dada sahaja
- Letakkan 1 biji di bawah lidah dan biarkan ianya larut sepenuhnya.
- Sekiranya sakit tidak berkurangan selepas 5 minit, letakkan 1 biji lagi.
- Sekiranya sakit berterusan selepas 5 minit lagi, letakkan 1 biji lagi dan sila pergi ke hospital yang berdekatan dengan serta-merta.
Cara penyimpanan:
- Simpan ubat ini dalam bekas yang dibekalkan (bekas kaca yang gelap) dan sentiasa ditutup ketat.
- Simpan ubat ini di tempat kering dan jauh dari panas / cahaya matahari.
- Sentiasa bawa ubat ini bersama anda.
- Tarikh luput ubat ini adalah dalam tempoh 2 bulan selepas dibuka pertama kali. Catatkan tarikh pada botol selepas ianya dibuka. Sila dapatan bekalan ubat baru di farmasi dan pulangkan ubat yang telah luput itu.
Kesan sampingan:
Kesan sampingan yang biasa:
- Sakit kepala (64%)
- Pening kepala (5%)
- Kemerahan muka
- Tekanan darah rendah (4%)
Sila beritahu doktor jika kesan sampingan tersebut berterusan atau bertambah teruk.
Kesan sampingan yang serius tetapi jarang berlaku:
- Reaksi alahan ubat (ruam, bengkak mulut atau mata, sesak nafas)
Sila beritahu doktor dengan segera jika mengalami kesan sampingan yang serius.
Ini bukanlah senarai lengkap kesan-kesan sampingan yang boleh berlaku. Sila hubungi doktor atau pegawai farmasi untuk maklumat lanjut.
Penggunaan jika mengandung:
Kategori C: boleh digunakan jika kebaikan melebihi risiko – kajian pada haiwan memberi kesan terhadap janin atau tiada kajian terhadap wanita / haiwan mengandung
Penggunaan jika menyusukan anak:
Rembesan ubat ini ke dalam susu ibu tidak diketahui
Boleh digunakan jika kebaikan melebihi risiko – kesan terhadap bayi tidak diketahui
Kontraindikasi:
- Sejarah reaksi alahan terhadap ubat ini atau bahan dalam ubat ini
- Pengambilan bersama ubat lain seperti sildenafil
Sila hubungi doktor atau pegawai farmasi anda untuk maklumat lanjut. Dikemaskini pada 16 Mac 2018
Rujukan: Lexicomp®, Micromedex®