Jabatan Farmasi Hospital Kuala Lipis

Ferrous Fumarate 200mg

Jenama:

Iron Tablets®

Kegunaan:

Sejenis suplemen zat besi untuk mencegah atau merawat iron-deficiency anemia (kekurangan sel darah merah yang disebabkan oleh kekurangan zat besi)

Cara pengambilan:

1-2 biji 1-2 kali sehari semasa perut kosong (1 jam sebelum atau 2 jam selepas makan)

Kesan sampingan:

Kesan sampingan yang biasa:

  • Sakit perut
  • Sembelit
  • Rasa loya dan muntah
  • Najis berwarna hitam

Sila beritahu doktor jika kesan sampingan tersebut berterusan atau bertambah teruk.

Kesan sampingan yang serius tetapi jarang berlaku:

  • Reaksi alahan ubat (ruam, bengkak mulut atau mata, sesak nafas)

Sila beritahu doktor dengan segera jika mengalami kesan sampingan yang serius.

Ini bukanlah senarai lengkap kesan-kesan sampingan yang boleh berlaku. Sila hubungi doktor atau pegawai farmasi untuk maklumat lanjut. 

Penggunaan jika mengandung:

Kategori A: selamat digunakan – kajian pada manusia tidak menunjukkan kesan terhadap janin

Penggunaan jika menyusukan anak:

Ubat ini boleh dirembeskan ke dalam susu ibu

Boleh digunakan jika kebaikan melebihi risiko – kesan terhadap bayi tidak diketahui  

Kontraindikasi:

  • Sejarah reaksi alahan terhadap ubat ini atau bahan dalam ubat ini

Sila hubungi doktor atau pegawai farmasi anda untuk maklumat lanjut.

Dikemaskini pada 16 Mac 2018
Rujukan: Lexicomp®, Micromedex®

Sila pilih ubat seterusnya: