Jabatan Farmasi Hospital Kuala Lipis

Felodipine 5mg
(Plendil®)

Jenama:

Plendil®

Kegunaan:

  1. Menurunkan tekanan darah
  2. Merawat masalah jantung seperti sakit dada (angina pectoris)

Cara pengambilan:

1-2 biji 1-2 kali sehari semasa perut kosong (1 jam sebelum atau 2 jam selepas makan)

Kesan sampingan:

Kesan sampingan yang biasa:

  • Bengkak kaki atau tangan (2% hingga 17.4%)
  • Sakit kepala (10.6% hingga 14.7%)
  • Kemerahan muka (3.9% hingga 6.9%)
  • Sakit perut (0.5% hingga 3.9%)
  • Hidung tersumbat atau bersin (0.7% hingga 3.9%)

Sila beritahu doktor jika kesan sampingan tersebut berterusan atau bertambah teruk.

Kesan sampingan yang serius tetapi jarang berlaku:

  • Reaksi alahan ubat (ruam, bengkak mulut atau mata, sesak nafas)
  • Sakit dada
  • Denyutan jantung cepat

Sila beritahu doktor dengan segera jika mengalami kesan sampingan yang serius.

Ini bukanlah senarai lengkap kesan-kesan sampingan yang boleh berlaku. Sila hubungi doktor atau pegawai farmasi untuk maklumat lanjut. 

Penggunaan jika mengandung:

Kategori C: boleh digunakan jika kebaikan melebihi risiko – kajian pada haiwan memberi kesan terhadap janin atau tiada kajian terhadap wanita / haiwan mengandung

Penggunaan jika menyusukan anak:

Rembesan ubat ini ke dalam susu ibu tidak diketahui

Penyusuan tidak digalakkan

Kontraindikasi:

  • Sejarah reaksi alahan terhadap ubat ini atau bahan dalam ubat ini

Sila hubungi doktor atau pegawai farmasi anda untuk maklumat lanjut.

Dikemaskini pada 16 Mac 2018
Rujukan: Lexicomp®, Micromedex®

Sila pilih ubat seterusnya: