Jabatan Farmasi Hospital Kuala Lipis

Sulfadoxine 500mg & Pyrimethamine 25mg
(Fansidar®)

Jenama:

Malafon®

Kegunaan:

Merawat dan mencegah penyakit malaria

Cara pengambilan:

1. Rawatan penyakit malaria

2-3 biji 1 kali sehari selepas makan untuk 1 hari sahaja

Sila habiskan ubat tersebut seperti yang diarahkan oleh doktor atau ahli farmasi

2. Pencegahan penyakit malaria

1 biji sekali setiap minggu selepas makan, dimulakan 1-2 hari sebelum lawatan, diteruskan semasa lawatan dan untuk 4-6 minggu selepas meninggalkan kawasan yang dilawati

Pengambilan ubat tersebut mesti pada hari yang sama setiap minggu.

Sila habiskan ubat tersebut seperti yang diarahkan oleh doktor atau ahli farmasi

Kesan sampingan:

Kesan sampingan yang biasa:

  • Cirit-birit
  • Rasa loya dan muntah
  • Sakit kepala
  • Kegatalan kulit

Sila beritahu doktor jika kesan sampingan tersebut berterusan atau bertambah teruk.

Kesan sampingan yang serius tetapi jarang berlaku:

  • Reaksi alahan ubat (ruam, bengkak mulut atau mata, sesak nafas)
  • Kekurangan sel darah merah
  • Paras sel darah putih menurun
  • Kerosakan hati
  • Kegagalan buah pinggang

Sila beritahu doktor dengan segera jika mengalami kesan sampingan yang serius.

Ini bukanlah senarai lengkap kesan-kesan sampingan yang boleh berlaku. Sila hubungi doktor atau pegawai farmasi untuk maklumat lanjut. 

Penggunaan jika mengandung:

Kategori C: boleh digunakan jika kebaikan melebihi risiko – kajian pada haiwan memberi kesan terhadap janin atau tiada kajian terhadap wanita / haiwan mengandung

Penggunaan jika menyusukan anak:

Ubat ini boleh dirembeskan ke dalam susu ibu

Penyusuan tidak digalakkan

Kontraindikasi:

  • Sejarah reaksi alahan terhadap ubat ini atau bahan dalam ubat ini
  • Penyakit hati atau buah pinggang
  • Bayi berumur kurang daripada 2 bulan

Sila hubungi doktor atau pegawai farmasi anda untuk maklumat lanjut.

Dikemaskini pada 16 Mac 2018
Rujukan: Lexicomp®, Micromedex®

Sila pilih ubat seterusnya: