Estradiol 2mg & Norgestrel 0.5mg
(Progyluton®)
Ubat putih | Estradiol 2mg |
Ubat coklat | Estradiol 2mg dan norgestrel 0.5mg |
Jenama:
Progyluton®
Kegunaan:
Pengganti hormon estrogen dan progesterone
- Mengurangkan tanda-tanda menopause (putus haid)
- Mencegah penyakit tulang rapuh di kalangan wanita yang sudah putus haid (postmenopausal osteoporosis)
- Merawat kitaran haid tidak teratur (irregular menstrual cycle)
- Merawat amenorrhoea (tidak datang haid)
Cara pengambilan:
1 biji ubat putih 1 kali sehari selepas makan untuk 11 hari, diikuti dengan 1 biji ubat coklat 1 kali sehari untuk 10 hari. Berhenti ubat ini selama 7 hari untuk haid datang.
Kesan sampingan:
Kesan sampingan yang biasa:
- Kenaikan berat badan
- Sakit kepala
- Sakit perut
- Rasa loya dan muntah
- Pening kepala
Sila beritahu doktor jika kesan sampingan tersebut berterusan atau bertambah teruk.
Kesan sampingan yang serius tetapi jarang berlaku:
- Reaksi alahan ubat (ruam, bengkak mulut atau mata, sesak nafas)
- Serangan jantung
- Angin ahmar (strok)
- Pembekuan darah di kaki atau paru-paru
- Kanser payudara
- Kanser rahim (endometrium)
- Kanser ovari
Sila beritahu doktor dengan segera jika mengalami kesan sampingan yang serius.
Ini bukanlah senarai lengkap kesan-kesan sampingan yang boleh berlaku. Sila hubungi doktor atau pegawai farmasi untuk maklumat lanjut.
Penggunaan jika mengandung:
Kategori X: Elakkan penggunaan – kajian telah menunjukkan kesan mudarat dan boleh menyebabkan kecacatan kepada janin
Penggunaan jika menyusukan anak:
Ubat ini boleh dirembeskan ke dalam susu ibu
Elakkan penyusuan – terdapat risiko kesan mudarat kepada bayi
Kontraindikasi:
- Sejarah reaksi alahan terhadap ubat ini atau bahan dalam ubat ini
- Sejarah pembekuan darah di kaki atau paru-paru
- Kanser payudara
- Penyakit hati
Sila hubungi doktor atau pegawai farmasi anda untuk maklumat lanjut. Dikemaskini pada 16 Mac 2018
Rujukan: Lexicomp®, Micromedex®