Jabatan Farmasi Hospital Kuala Lipis

Estradiol 1mg & Dydrogesterone 10mg
(Femoston®)

Ubat putih Estradiol 1mg
Ubat kelabu Estradiol 1mg dan dydrogesterone 10mg

Jenama:

Femoston 1/10®

Kegunaan:

Pengganti hormon estrogen dan progesterone
  1. Mengurangkan tanda-tanda menopause (putus haid)
  2. Mencegah penyakit tulang rapuh di kalangan wanita yang sudah putus haid (postmenopausal osteoporosis)

Cara pengambilan:

1 biji ubat putih 1 kali sehari selepas makan untuk 14 hari, diikuti dengan 1 biji ubat kelabu 1 kali sehari untuk 14 hari.

Kesan sampingan:

Kesan sampingan yang biasa:

  • Kenaikan berat badan
  • Sakit kepala
  • Sakit perut
  • Rasa loya dan muntah
  • Pening kepala
  • Sakit payudara

Sila beritahu doktor jika kesan sampingan tersebut berterusan atau bertambah teruk.

Kesan sampingan yang serius tetapi jarang berlaku:

  • Reaksi alahan ubat (ruam, bengkak mulut atau mata, sesak nafas)
  • Serangan jantung
  • Angin ahmar (strok)
  • Pembekuan darah di kaki atau paru-paru
  • Kanser payudara
  • Kanser rahim (endometrium)
  • Kanser ovari

Sila beritahu doktor dengan segera jika mengalami kesan sampingan yang serius.

Ini bukanlah senarai lengkap kesan-kesan sampingan yang boleh berlaku. Sila hubungi doktor atau pegawai farmasi untuk maklumat lanjut. 

Penggunaan jika mengandung:

Kategori X: Elakkan penggunaan – kajian telah menunjukkan kesan mudarat dan boleh menyebabkan kecacatan kepada janin

Penggunaan jika menyusukan anak:

Ubat ini boleh dirembeskan ke dalam susu ibu

Elakkan penyusuan – terdapat risiko kesan mudarat kepada bayi

Kontraindikasi:

  • Sejarah reaksi alahan terhadap ubat ini atau bahan dalam ubat ini
  • Sejarah pembekuan darah di kaki atau paru-paru
  • Kanser payudara
  • Penyakit hati

Sila hubungi doktor atau pegawai farmasi anda untuk maklumat lanjut.

Dikemaskini pada 16 Mac 2018
Rujukan: Lexicomp®, Micromedex®

Sila pilih ubat seterusnya: