Jabatan Farmasi Hospital Kuala Lipis

Enalapril 20mg
(Renitec®)

Jenama:

Invoril®

Kegunaan:

  1. Menurunkan tekanan darah
  2. Merawat masalah jantung seperti kegagalan jantung (heart failure)

Cara pengambilan:

½-1 biji 1-2 kali sehari selepas makan

Kesan sampingan:

Kesan sampingan yang biasa:

  • Batuk kering
  • Pening kepala (4.3% hingga 7.9%)
  • Tekanan darah rendah (0.9% hingga 6.7%)
  • Keletihan (3%)

Sila beritahu doktor jika kesan sampingan tersebut berterusan atau bertambah teruk.

Kesan sampingan yang serius tetapi jarang berlaku:

  • Reaksi alahan ubat (ruam, bengkak mulut atau mata, sesak nafas)
  • Paras sel darah putih menurun
  • Kerosakan hati
  • Kegagalan buah pinggang akut

Sila beritahu doktor dengan segera jika mengalami kesan sampingan yang serius.

Ini bukanlah senarai lengkap kesan-kesan sampingan yang boleh berlaku. Sila hubungi doktor atau pegawai farmasi untuk maklumat lanjut. 

Penggunaan jika mengandung:

Kategori D: tidak digalakkan – kajian telah menunjukkan kesan terhadap janin, boleh digunakan jika kebaikan melebihi risiko

Penggunaan jika menyusukan anak:

Ubat ini boleh dirembeskan ke dalam susu ibu

Penyusuan tidak digalakkan

Kontraindikasi:

  • Sejarah reaksi alahan terhadap ubat ini atau bahan dalam ubat ini

Sila hubungi doktor atau pegawai farmasi anda untuk maklumat lanjut.

Dikemaskini pada 16 Mac 2018
Rujukan: Lexicomp®, Micromedex®

Sila pilih ubat seterusnya: