Dydrogesterone 10mg
(Duphaston®)

Jenama:
Duphaston®
Kegunaan:
Pengganti hormon progesterone
- Merawat senggugut (dysmenorrhoea)
- Merawat endometriosis (lapisan tisu endometrium bertumbuh di luar rahim)
- Merawat atau mencegah pendarahan uterus yang luar biasa (dysfunctional uterine bleeding)
- Merawat keguguran terancam (threatened abortion)
- Merawat keguguran berulang (habitual abortion)
Cara pengambilan:
Rawatan senggugut (dysmenorrhoea)
1 biji 2 kali sehari selepas makan untuk 21 hari bermula dari hari haid ke-5 hingga ke-25Rawatan endometriosis (lapisan tisu endometrium bertumbuh di luar rahim)
1 biji 2-3 kali sehari selepas makan untuk 21 hari bermula dari hari haid ke-5 hingga ke-25Rawatan pendarahan uterus yang luar biasa (dysfunctional uterine bleeding)
1 biji 2 kali sehari selepas makan untuk 5-7 hariPencegahan pendarahan uterus yang luar biasa (dysfunctional uterine bleeding)
1 biji 2 kali sehari selepas makan bermula dari hari haid ke-11 hingga ke-25Rawatan keguguran terancam (threatened abortion)
1 biji 3 kali sehari selepas makan sehingga tiada simptonRawatan keguguran berulang (habitual abortion)
1 biji 2 kali sehari selepas makan sehingga kehamilan minggu ke-20Kesan sampingan:
Kesan sampingan yang biasa:
- Kenaikan berat badan
- Sakit kepala
- Sakit perut
- Rasa loya dan muntah
- Pening kepala
Sila beritahu doktor jika kesan sampingan tersebut berterusan atau bertambah teruk.
Kesan sampingan yang serius tetapi jarang berlaku:
- Reaksi alahan ubat (ruam, bengkak mulut atau mata, sesak nafas)
- Serangan jantung
- Angin ahmar (strok)
- Pembekuan darah di kaki atau paru-paru
- Kanser payudara
- Kanser rahim (endometrium)
- Kanser ovari
Sila beritahu doktor dengan segera jika mengalami kesan sampingan yang serius.
Ini bukanlah senarai lengkap kesan-kesan sampingan yang boleh berlaku. Sila hubungi doktor atau pegawai farmasi untuk maklumat lanjut.
Penggunaan jika mengandung:
Kategori X: Elakkan penggunaan – kajian telah menunjukkan kesan mudarat dan boleh menyebabkan kecacatan kepada janin
Penggunaan jika menyusukan anak:
Ubat ini boleh dirembeskan ke dalam susu ibu
Elakkan penyusuan – terdapat risiko kesan mudarat kepada bayi
Kontraindikasi:
- Sejarah reaksi alahan terhadap ubat ini atau bahan dalam ubat ini
- Sejarah kanser payudara
- Sejarah serangan jantung
- Sejarah angin ahmar (strok)
- Sejarah pembekuan darah di kaki atau paru-paru
Sila hubungi doktor atau pegawai farmasi anda untuk maklumat lanjut. Dikemaskini pada 16 Mac 2018
Rujukan: Lexicomp®, Micromedex®