Deferasirox 500mg
(Exjade®)
Jenama:
Exjade®
Kegunaan:
Merawat beban zat besi berlebihan kronik yang disebabkan oleh transfusi darah
Sebagai agen pengkelatan besi (iron chelator)
Cara pengambilan:
1-2 biji 1 kali sehari
Larutkan dalam segelas air kosong, jus oren atau jus epal dan minum
Ambil ubat ini semasa perut kosong, sekurang-kurangnya 30 minit sebelum makan atau 2 jam selepas makan
Jangan melarutkan ubat ini ke dalam susu atau minuman yang bergas
Jangan terus menelan ubat ini tanpa melarutkan dalam minuman terlebih dahulu
Kesan sampingan:
Kesan sampingan yang biasa:
- Cirit-birit (5% hingga 47%)
- Sakit perut (21% hingga 28%)
- Rasa loya dan muntah (10% hingga 21%)
Sila beritahu doktor jika kesan sampingan tersebut berterusan atau bertambah teruk.
Kesan sampingan yang serius tetapi jarang berlaku:
- Reaksi alahan ubat (ruam, bengkak mulut atau mata, sesak nafas)
- Ulser atau pendarahan perut
- Kekurangan sel darah merah
- Paras sel darah putih dan platelet menurun
- Kerosakan hati
- Kegagalan buah pinggang
- Hilang pendengaran
Sila beritahu doktor dengan segera jika mengalami kesan sampingan yang serius.
Ini bukanlah senarai lengkap kesan-kesan sampingan yang boleh berlaku. Sila hubungi doktor atau pegawai farmasi untuk maklumat lanjut.
Penggunaan jika mengandung:
Kategori C: boleh digunakan jika kebaikan melebihi risiko – kajian pada haiwan memberi kesan terhadap janin atau tiada kajian terhadap wanita / haiwan mengandung
Penggunaan jika menyusukan anak:
Rembesan ubat ini ke dalam susu ibu tidak diketahui
Penyusuan tidak digalakkan
Kontraindikasi:
- Sejarah reaksi alahan terhadap ubat ini atau bahan dalam ubat ini
- Kegagalan buah pinggang
- Mempunyai paras platelet rendah
Sila hubungi doktor atau pegawai farmasi anda untuk maklumat lanjut. Dikemaskini pada 16 Mac 2018
Rujukan: Lexicomp®, Micromedex®