Jabatan Farmasi Hospital Kuala Lipis

Danazol 200mg
(Ladogal®)

Jenama:

Danodiol®

Kegunaan:

  1. Merawat penyakit endometriosis dengan mengurangkan kesakitan dan menghalang pembesaran ketumbuhan
  2. Mengawal pendarahan haid yang berlebihan (menorrhagia)

Cara pengambilan:

1-2 biji 1-2 kali sehari selepas makan

Kesan sampingan:

Kesan sampingan yang biasa:

  • Kenaikan berat badan
  • Jerawat

Sila beritahu doktor jika kesan sampingan tersebut berterusan atau bertambah teruk.

Kesan sampingan yang serius tetapi jarang berlaku:

  • Reaksi alahan ubat (ruam, bengkak mulut atau mata, sesak nafas)
  • Peningkatan enzim hati
  • Warna kuning pada kulit atau putih mata (jaundice)
  • Pembekuan darah
  • Angin ahmar (strok)
  • Sawan

Sila beritahu doktor dengan segera jika mengalami kesan sampingan yang serius.

Ini bukanlah senarai lengkap kesan-kesan sampingan yang boleh berlaku. Sila hubungi doktor atau pegawai farmasi untuk maklumat lanjut. 

Penggunaan jika mengandung:

Kategori X: Elakkan penggunaan – kajian telah menunjukkan kesan mudarat dan boleh menyebabkan kecacatan kepada janin

Penggunaan jika menyusukan anak:

Elakkan penyusuan – terdapat risiko kesan mudarat kepada bayi

Kontraindikasi:

  • Sejarah reaksi alahan terhadap ubat ini atau bahan dalam ubat ini
  • Masalah pembekuan darah
  • Kegagalan jantung
  • Kerosakan hati
  • Kegagalan buah pinggang

Sila hubungi doktor atau pegawai farmasi anda untuk maklumat lanjut.

Dikemaskini pada 16 Mac 2018
Rujukan: Lexicomp®, Micromedex®

Sila pilih ubat seterusnya: