Jabatan Farmasi Hospital Kuala Lipis

Diosmin 450mg & Hesperidin 50mg
(Daflon®)

Jenama:

Hemo Rid®

Kegunaan:

  1. Merawat penyakit buasir
  2. Merawat masalah bengkak kaki, kesakitan dan kekejangan semasa tidur yang disebabkan oleh pembuluh darah yang kurang berfungsi (venous insufficiency)

Cara pengambilan:

1. Rawatan penyakit buasir

2 biji 3 kali sehari selepas makan untuk 4 hari, diikuti dengan 2 biji 2 kali sehari untuk 3 hari dan seterusnya 2 biji 1 kali sehari

2. Rawatan venous insufficiency

2 biji 1 kali sehari selepas makan

Kesan sampingan:

Kesan sampingan yang biasa:

  • Sakit perut
  • Cirit-birit
  • Rasa loya dan muntah

Sila beritahu doktor jika kesan sampingan tersebut berterusan atau bertambah teruk.

Kesan sampingan yang serius tetapi jarang berlaku:

  • Reaksi alahan ubat (ruam, bengkak mulut atau mata, sesak nafas)

Sila beritahu doktor dengan segera jika mengalami kesan sampingan yang serius.

Ini bukanlah senarai lengkap kesan-kesan sampingan yang boleh berlaku. Sila hubungi doktor atau pegawai farmasi untuk maklumat lanjut. 

Penggunaan jika mengandung:

Kategori C: boleh digunakan jika kebaikan melebihi risiko – kajian pada haiwan memberi kesan terhadap janin atau tiada kajian terhadap wanita / haiwan mengandung

Penggunaan jika menyusukan anak:

Rembesan ubat ini ke dalam susu ibu tidak diketahui

Penyusuan tidak digalakkan

Kontraindikasi:

  • Sejarah reaksi alahan terhadap ubat ini atau bahan dalam ubat ini

Sila hubungi doktor atau pegawai farmasi anda untuk maklumat lanjut.

Dikemaskini pada 16 Mac 2018
Rujukan: Lexicomp®, Micromedex®

Sila pilih ubat seterusnya: