Jabatan Farmasi Hospital Kuala Lipis

Cyclophosphamide 50mg
(Endoxan®)

Jenama:

Endoxan®

Kegunaan:

  1. Merawat kanser atau leukemia
  2. Merawat nephrotic syndrome (Kebocoran buah pinggang menyebabkan kehadiran protein dalam air kencing)

Cara pengambilan:

1-2 biji 1-2 kali sehari selepas makan

Kesan sampingan:

Kesan sampingan yang biasa:

  • Keguguran rambut
  • Sakit perut
  • Cirit-birit
  • Hilang selera makan
  • Rasa loya dan muntah
  • Tidak datang haid (amenorrhoea)

Sila beritahu doktor jika kesan sampingan tersebut berterusan atau bertambah teruk.

Kesan sampingan yang serius tetapi jarang berlaku:

  • Reaksi alahan ubat (ruam, bengkak mulut atau mata, sesak nafas)
  • Kegagalan jantung
  • Paras sel darah putih menurun
  • Kencing berdarah

Sila beritahu doktor dengan segera jika mengalami kesan sampingan yang serius.

Ini bukanlah senarai lengkap kesan-kesan sampingan yang boleh berlaku. Sila hubungi doktor atau pegawai farmasi untuk maklumat lanjut. 

Penggunaan jika mengandung:

Kategori D: tidak digalakkan – kajian telah menunjukkan kesan terhadap janin, boleh digunakan jika kebaikan melebihi risiko

Penggunaan jika menyusukan anak:

Elakkan penyusuan – terdapat kesan mudarat kepada bayi

Kontraindikasi:

  • Sejarah reaksi alahan terhadap ubat ini atau bahan dalam ubat ini
  • Halangan saluran kencing

Sila hubungi doktor atau pegawai farmasi anda untuk maklumat lanjut.

Dikemaskini pada 16 Mac 2018
Rujukan: Lexicomp®, Micromedex®

Sila pilih ubat seterusnya: