Jabatan Farmasi Hospital Kuala Lipis

Clomiphene 50mg
(Clomid®)

Jenama:

Clomiphene®

Kegunaan:

Merawat kemandulan dengan merangsang ovulasi

Cara pengambilan:

1-4 biji 1 kali sehari selepas makan untuk 5 hari bermula dari hari haid ke-2 hingga ke-6 atau ke-5 hingga ke-9

Kesan sampingan:

Kesan sampingan yang biasa:

  • Kemerahan muka
  • Sakit perut
  • Rasa loya dan muntah
  • Sakit kepala (1.3%)
  • Perubahan penglihatan (1.5%)
  • Sakit payudara (2.1%)

Sila beritahu doktor jika kesan sampingan tersebut berterusan atau bertambah teruk.

Kesan sampingan yang serius tetapi jarang berlaku:

  • Reaksi alahan ubat (ruam, bengkak mulut atau mata, sesak nafas)
  • Hilang penglihatan
  • Penyakit mental
  • Gangguan kitaran haid
  • Pembesaran ovari
  • Kanser ovari

Sila beritahu doktor dengan segera jika mengalami kesan sampingan yang serius.

Ini bukanlah senarai lengkap kesan-kesan sampingan yang boleh berlaku. Sila hubungi doktor atau pegawai farmasi untuk maklumat lanjut. 

Penggunaan jika mengandung:

Kategori X: Elakkan penggunaan – kajian telah menunjukkan kesan mudarat dan boleh menyebabkan kecacatan kepada janin

Penggunaan jika menyusukan anak:

Rembesan ubat ini ke dalam susu ibu tidak diketahui

Boleh digunakan jika kebaikan melebihi risiko – kesan terhadap bayi tidak diketahui  

Kontraindikasi:

  • Sejarah reaksi alahan terhadap ubat ini atau bahan dalam ubat ini
  • Penyakit hati
  • Pendarahan haid yang luar biasa
  • Pertumbuhan 'cyst' dalam ovari
  • Kanser rahim (endometrium)

Sila hubungi doktor atau pegawai farmasi anda untuk maklumat lanjut.

Dikemaskini pada 16 Mac 2018
Rujukan: Lexicomp®, Micromedex®

Sila pilih ubat seterusnya: