Jabatan Farmasi Hospital Kuala Lipis

Clobazam 10mg
(ONFI®)

Jenama:

Frisium®

Kegunaan:

  1. Merawat penyakit sawan
  2. Mengurangkan kebimbangan

Cara pengambilan:

½-2 biji 2 kali sehari selepas makan

Kesan sampingan:

Kesan sampingan yang biasa:

  • Rasa mengantuk (14% hingga 25%)
  • Demam (10% hingga 17%)
  • Keletihan (5% hingga 15%)
  • Air liur meleleh (sehingga 14%)
  • Sembelit (2% hingga 10%)
  • Batuk (3% hingga 7%)
  • Sukar tidur malam (2% hingga 7%)

Sila beritahu doktor jika kesan sampingan tersebut berterusan atau bertambah teruk.

Kesan sampingan yang serius tetapi jarang berlaku:

  • Reaksi alahan ubat (ruam, bengkak mulut atau mata, sesak nafas)

Sila beritahu doktor dengan segera jika mengalami kesan sampingan yang serius.

Ini bukanlah senarai lengkap kesan-kesan sampingan yang boleh berlaku. Sila hubungi doktor atau pegawai farmasi untuk maklumat lanjut. 

Penggunaan jika mengandung:

Kategori C: boleh digunakan jika kebaikan melebihi risiko – kajian pada haiwan memberi kesan terhadap janin atau tiada kajian terhadap wanita / haiwan mengandung

Penggunaan jika menyusukan anak:

Ubat ini boleh dirembeskan ke dalam susu ibu

Penyusuan tidak digalakkan

Kontraindikasi:

  • Sejarah reaksi alahan terhadap ubat ini atau bahan dalam ubat ini

Sila hubungi doktor atau pegawai farmasi anda untuk maklumat lanjut.

Dikemaskini pada 16 Mac 2018
Rujukan: Lexicomp®, Micromedex®

Sila pilih ubat seterusnya: